Hidup 360 darjah ,
Kau tak faham bukan ? Okay aku terang kan . Senang sahaja kau nak faham semua ni . Hidup 360 darjah bermaksud , hidup kau , aku , dia , kita , kami semua berpusing betul kan ? Hidup kita ni tak sentiasa di atas mahu pun di bawah . Boleh dikatakan sekejap atas lama di bawah . Kenapa lama di bawah ? Itu kau kena fikir sendiri . Bukan aku kedekut taknak bagi tahu . Kalau kau fikir sendiri mungkin kau faham kenapa kau di bawah selalu .
Bagi aku ni ,
Hidup aku dengan kau semua sama sahaja , kaya ke , miskin ke , kau tetap lalui setiap pusing 360 darjah itu , tak ada yang terkecuali , tak kesah benda itu lama atau kejap kau akan lalui nya juga . Kau kena ingat Allah S.W.T tu Maha Adil , Semua manusia di dunia ni dapat rasa apa itu bahagia , apa itu derita , apa itu sakit , apa itu cinta , sayang semua nya tak ada sesiapa pun yang terkecuali . Walau semiskin mana seseorang itu jangan kau terkejut satu masa di menjadi Jutawan , yang si Kaya yang kita kenal sekarang mungkin satu masa dia jadi miskin . Mana lah kita tahu , Dunia ni kan berputar . Sebahagia mana pun kau jangan fikir bahagia itu selamanya , ianya sekejap sahaja kita di atas dengan kebahagiaan itu , Tapi dengan derita itu mungkin lama kita di bawah , menunggu seseorang menolong kita untuk bagkit semula . Susah , agak lama kita akan di bawah . Ini Semua pengalaman aku sendiri . Bukan nak buat cerita , tapi ini memang cerita aku .
Tapi ,
Ada sebab semua ni berlaku , jangan lah bila susah sedikit kau mengalah , fikir positif , sentiasa ingat Allah yang Maha Esa , Jangan lupa akan dia , walau kau susah atau senang , Dia ada buat kau sentiasa , cuma kau leka bila kau di atas , itu manusia , benda senang pun lupa . Cuma aku nak ingat kan , Dunia ni sementara , Kita manusia ni umpama boneka yang sedang di main kan ,apa ceritanya apa kisah nya semua dah tertulis di atas sana , apa yang kau perlu buat cuma tempuhi semua ini , ingat ini hanya dugaan didunia yang sementara mungkin kau di dunia penuh dengan dugaan mana lah tahu di akhirat sana kau bahagia , Allah itu Maha Adil kawan , harungi dugaan ini . Sebab semua dugaan ini di beri pada kau kerana Allah sayang akan diri kau . Itu lah hidup manusia di dunia 360 darjah .
No comments:
Post a Comment